Friday, May 8, 2009

SYURGA CINTA





"SYURGA CINTA" MEMBAWA KEJAYAAN DENGAN MERAIH RM 1.3 JUTA DALAM MASA 1 MINGGU..!!

Metrowealth (MIG) melalui filemnya yang ke-29 berjudul Syurga Cinta telah mencatat satu lagi sejarah buat syarikat dan juga industri perfileman. Kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh seminggu adalah satu kutipan yang terbaik dicatatkan untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini bagi filem bergenre romantik komedi. Syurga Cinta juga mencatat kutipan tertinggi bagi genre sebegini bagi hari pertama melalui 54 pawagam.

Lebih menggembirakan apabila Syurga Cinta mendapat komen dan reaksi yang sangat positif dari penonton dan juga pengkritik-pengkritik filem melalui blog di internet. Filem lakonan Awal Ashaari dan dua orang pelakon yang pertama kali di layar perak iaitu Heliza dan Adik Hadziq ini juga berjaya menarik penonton dari pelbagai lapisan umur. Ramai juga dik kalangan penonton telah menyaksikan Syurga Cinta lebih daripada sekali di pawagam. Kini majoriti penonton masih di kalangan remaja tetapi MIG yakin peratusan keluarga yang akan menonton Syurga Cinta akan meningkat apabila cuti sekolah bermula pada 30 Mei ini.

Syurga Cinta mengetengahkan sedikit unsur keagamaan di dalam sebuah kisah cinta remaja masa kini. Pada awal pembabitannya, MIG menghasilkan filem pertama berjudul Syukur 21 yang juga sebuah filem berunsur keagamaan. Syurga Cinta yang skripnya dihasilkan oleh Panel Skrip MIG berasaskan konsep oleh David Teo ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Syurga Cinta cuba mengupas kehidupan dua Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Pertama yang mengagungkan gaya hidup barat dan seorang lagi yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran. Pertembungan dua gaya hidup inilah yang akan menonjolkan nilai yang akan menyentuh dan menggeletek hati para penonton. Biarpun filem Syurga Cinta ini mengutarakan kisah cinta namun, ia tetap mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri apabila ia akan digarap melalui pendekatan Islamik.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Syurga Cinta selain daripada Awal Ashaari, Heliza dan Hadziq, ia turut dijayakan oleh Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain.

Syurga Cinta telah menemui penonton seluruh Malaysia bermula 21 Mei lalu. Metrowealth (MIG) terus mengharapkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk penonton dan media bagi meneruskan kesinambungan kejayaan ini untuk mencatat satu lagi sejarah dalam industri perfileman Malaysia.

Perkembangan lain MIG seterusnya akan menampilkan filem komedi seram juga arahan Ahmad Idham berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak bermula 4 Jun ini selain dua filem lain iaitu Senario The Movie Episod 2: Beach Boys yang telah siap dan menunggu tarikh tayangan dan Remp-it V3 arahan Farid Kamil yang sedang dalam peringkat post-production. Kini, MIG sekali lagi di lokasi bagi menyiapkan sebuah filem aksi komedi arahan Ahmad Idham berjudul Rempit Nan Sempit dan dalam peringkat pre-production sebuah filem seram terbaru berjudul Santau.

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK






Filem terbaru bergenre seram komedi keluaran Metrowealth (MIG) JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK !!!! Kisah bermula di sebuah kampung terdapat seorang penduduk yang sangat misteri,Pak Sudir, usianya telah mencecah hampir 125 tahun seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka dan tinggal bersama seorang pembantu iaitu Mustika. Pak sudir dikatakan sudah lama meninggal dunia tetapi hanya jasadnya sahaja yang tinggal. 3 pemuda yang dikatakan bersaudara, telah dijemput ke rumah Pak Sudir untuk mewarisi harta pusaka arwah Pak Sudir. Mereka dilarang sama sekali mengusik apa2 barang didalam rumah tersebut termasuk satu Congkak usang sebagai syarat untuk mendapatkan harta pusaka itu. Tetapi mereka melanggar syarat tersebut. Mereka terpegang congkak tersebut dan mendapati ada tulisan Sanskrit di belakang congkak tersebut yang tiba-tiba mengeluarkan cahaya. Setelah itu, terjadilah pelbagai perkara yang di luar jangkaan mereka yang menggemparkan seluruh penduduk kampung.. Apakah yang terjadi selepas itu? Siapakah Mustika? Saksikan pelbagai aksi komedi dan seram dalam Jangan Pandang Belakang Congkak yang akan menemui anda pada 4 Jun 2009..!!!